Come on over, y'know we've been waiting for you!

Lets share the good things TOGETHER

Tanpa mereka, blog ini pasti sunyi. Terima kasih semua yang support saya!


Saturday, May 29, 2010

Brainstorming di Kedai Mamak

Dalam pukul 2 pagi tadi aku baru balik dari buat assigment secara grouping. Dapat gak lah selesaikan banyak masalah yang memang kusut musut.

Habis belajar je perut dah bunyi2, nak beli bege. Brader tu tutup lak, balik kampung agaknye tolong nenek die sembelih lembu. Almaklumlah sekarang harga daging dah naik. (betul ke fakta ni? ke auta je?)

Bila dah lapar mesti nak cari kedai makan, bila nak pergi makan tak kan nak pergi sorang2 kan. So pergi ar rumah member2, cari yang mana tak tidur lagi ajak teman makan sekali. Naseb baik ada lah 3 member yang memang tak reti nak tidur malam. Kebetulan diorang pun kebulur (cantek, ada gak member nak diajak teman pergi makan).

Skip2 cerita, akhirnya kami sampai lah dekat satu kedai mamak ni. Aku beku wei, sejuk gile bawak moto pepagi bute, nasib baik tak kena gigitan sejuk (frost bite).

Sampai dekat table macam2 cerita kita orang borakkan dan juga bincangkan(brainstorming). Berborak dari hal mati shahid, hukum cium isteri yang meninggal dunia, meratap si mati, kenapa kita perlu sembelih haiwan yang nak dibuat makanan, minum spakling, cara menjawab soalan umum, matematik dalam bahasa english, sejarah bangsa melayu, antara adat dan agama, sehingga lah pengatahuan tentang india (dapat tahu sebab berborak dengan pelayan kedai mamak tu).

So aku nak share info yang aku dapat,(fakta atau auta anda tentukan sendiri).

Mati Shahid = Tak guna kau nak pergi berperang sebab nak mati syahid jika kau ade hutang, dosa dan belum bertaubat. Sebab jika kau mati syahid pun hutang kau tak ikut mati syahid sekali beb. Kena langsai kan dulu baru roh ko boleh naik dengan aman.

Hukum Cium Isteri yang Meninggal Dunia = Orang ada cakap, tak batal ke wuduk jenazah tu kalau suami cium isterinya yang telah meninggal dunia?(dan juga sebaliknya). Jawapannya tak, sebab hubungan antara yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia telah terputus. So tak ada la nak batal wuduk jenazah tu.

Meratap si Mati = Tak baik meratap si mati, tapi boleh rasa sedih dan menangis sedih sebab kita kehilangan seseorang. Tapi jangan lah sampai meraung2 nangis macam orang gila dekat depan kubur. Tu memang lah tak boleh.

Kenapa Perlu Sembelih Haiwan = Sebab kalau kita tembak, bagi karen dekat haiwan atau selain cara sembelih. Haiwan tu akan jadi bangkai dan tercemar dengan bahan membahaya. Kerana bila kita sembelih haiwan darah akan keluar dari badan haiwan secara betul. Dan tiada darah beku yang boleh membuatkan haiwan itu kebarangkalian dijangkiti oleh kuman dan virus.

Minum Spakling = Ada orang cakap minum spakling ni haram. Aku pun tak pasti tetapi ia tidak memabukkan. So macam mana ni?

Cara Menjawab Soalan Umum = Member aku cerita, zaman die kanak2 dulu. Abah dia tanya " ko dah solat belum ", dia dengan serba salah nak menipu cakap je lah " dah ". Padahal belum solat ishak lagi waktu tu. So lepas disoal oleh abah dia, dia terus pergi solat ishak. Tapi kantoi lak adik dia nampak. Adik die pergi lah report dekat abah die yang abangnya tipu tadi cakap dah solat. So abah dia tanya la balik " kenapa tipu, tadi cakap dah solat ". Member aku ni pun selamber je cakap " Abah tak tanya pun dah solat apa kan? ". So abah dia pun diam je lah. Member aku ni tak tipu sebab dia cakap "dah" untuk solat magrib, sebab abah dia tanya "dah solat ke belum". Bukan nya tanya "dah solat ishak ke untuk harini?"

Matematik dalam Bahasa English = malas aku nak terangkan sebab aku kalah dalam perbahasan antara member2. :P

Sejarah Bangsa Melayu = Bangsa Melayu ada di Vietnam, Brunai, Australia, Myanmar, Indonesia, Malaysia dan beberapa negara lagi yang aku dah lupa. Dan bangsa melayu adalah asal usul dari kaum yahudi yang hilang, (the lost tribe). (Aku tak sure semua ni, kena jumpa pakar sejarah nie!)

Antara Adat dan Agama = Kita orang membincangkan yang negara ni lebih pentingkan adat dari agama, (betul ke ni?). Hukum agama macam tak amik kesah je (judi,maksiat,dll). Tapi kalau adat tak boleh salah sikit mesti kaw2 dibahaskan. (macam mana nie?)

Pengatahuan Tentang India = Yang ni paling best, pengakuan ekslusif dari pekerja restoren mamak. Mamak yang kita orang borak2 tu cakap. Gaji dia sehari RM30. Kerja dari pukul 5 petang sampai 5 pagi. Kerja sebulan tanpa cuti. Kalau sakit gaji jalan. Gaji sebulan RM900, RM700 simpan untuk guna dekat india nanti. Rumah disediakan, air api free, makan free. Tanya dia Islam ke? Sekali dia cakap bukan. Saya Hindu. Tokey kedai mamak tu pun Hindu dari india mari, tapi dah 30 tahun menetap dimalaysia. Macam mana ni??

Memang aku tak suka makan dekat kedai mamak, memang cukup tak suka. Tapi terpaksa sebab perut dah lapar, dan kedai tu je yang buka untuk makan pagi2 buta. Pukul 5 pagi balik rumah, update blog sikit bagi korang tau info2 best lepas tu aku nak masuk tidur.

p/s= Akhir kata, berbincang mengenai hal ilmu dan perkara yang berfaedah lebih baik dari membuat fitnah dan perkara yang tidak menguntungkan.

2 Comment Telah Diterima! TQ.:

durianjawa said...

haaa..mkn kedai mamak x best kan?
len kali kite jgn pegi mkn kedai mamak k.
eeeuuu....ingtkan india muslim.hindu daaa..

junko-el-hida said...

Hai Syukie..sangat bermaklumat blog anda..Saya dr blog melayu frustasi yg x seberapa..saya amat mengharapkn anda dpt kreditkan saya didalam blog list anda (kolaborasi)untuk memperkenalkan blog saya yg x seberapa..disini link saya..saya amat menghargai jika anda dpt bergabung bersama saya didalam memperkenalkan blog masing2..http://blogmelayu-frustasi.blogspot.com/